Lelaki Putus Tangan Kerana Mencuri Seluar Dalam Bekas Isteri

- Advertisement -

JAKARTA – Seorang lelaki menerima hilang sebelah tangan selepas dipukul dan dan ditetak oleh penduduk di sebuah kampung kerana didaka mencuri seluar dalam milik bekas isterinya.

Tribunnews.com melaporkan kejadian tersebut berlaku di Desa Lendang Nangka, Lombok, Indonesia baru-baru ini.

Suspek berusia 47 tahun itu didakwa mencuri seluar dalam tersebut untuk digunakan dalam ritual ilmu hitam.

Pegawai polis tempatan, Zen Basri berkata, lelaki tersebut telah bercerai dengan isterinya namun, mahu wanita itu kembali semula kepadanya dengan menggunakan ilmu sihir.

“Bagaimanapun, bekas isterinya curiga selepas mendapati beberapa helai seluar dalamnya hilang dan mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh bekas suaminya,” kata Zen.

Wanita terbabit kemudiannya pergi ke rumah suspek bersama penduduk kampung untuk bertanyakan hal sebenar.

Suspek pada awalnya enggan mengaku, namun selepas dibelasah teruk hingga putus tangan akibat ditetak,  dia akhirnya mengaku berbuat demikian.

Polis kini sedang memburu suspek yang menyerang lelaki tersebut hingga menyebabkan beliau kehilangan sebelah tangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat