Telur turun 3sen: Jurucakap kerajaan tak perlu ‘gedik’ buat pengumuman – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dinasihatkan supaya tidak perlu terlalu ‘beria-ia’ dalam membuat sebarang pengumuman yang dianggap sebagai berita kejayaan kerajaan kerana ia hanya akan menjadi bahan ejekan dan jenaka di media sosial.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan Fahmi selaku jurucakap kerajaan agar tidak terlalu ‘gedik’ membuat pengumuman tentang dasar kerajaan sebaliknya mengurus pelan komunikasi dengan lebih bijak dan berstrategi.

“Langkah kerajaan berusaha mengurangkan harga makanan kita puji.Apa yang dijadikan ejekan terhadap Shahril (Penasihat Ekonomi Ismail Sabri) dulu 20sen untuk harga siling ayam.

“Kerajaan campur tangan dalam pasaran harga boleh diturunkan tetapi apa yang jadi masalah pengumuman ini, ia seolah-olah berita besar, ada pengumuman sebelum pengumuman dan ia beri isyarat pengumuman besar.

“Akhirnya (cuma) telur diturunkan 3sen sebiji.3sen sahaja,kesan taklah pengumuman gah, game changer.

“Apabila dibuat takda good will langsung untuk tingkatkan sokongan rakyat.

“Fahmi tergedik-gedik sangat nak buat pengumuman, sepatutnya ‘stay in your lane’ tapi jadi bahan ejekan di media sosial disebabkan jurucakap kerajaan yang sangat gedik itu,” bidas Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Khamis.

Tambah Khairy lagi, mungkin Fahmi merasakan pelan komunikasi itu sudah genius namun pada akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam.

“Elok pengumuman tentang telur ni biar Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) saja buat dalam kenyataan rasmi,” ujarnya.

Mengulas isu harga telur 3sen itu, Shahril Hamdan bertindak memulangkan paku buah keras kepada cybertrooper Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang mengejek beliau sebagai penasihat 20sen sebelum ini.

“Ramai orang kenali saya, cap sebagai penasihat 20sen jadi sekarangni tengok balik memang saya gelak, pengalaman menjenakakan.

“Yang lontarkan itu rasa macam tikaman tetapi apa yang berlaku membuatkan mereka upper-cut diri sendiri.

“Kerana lebih baik menjadi penasihat 20sen daripada orang yang hanya ataupun orang yang menjadi cyber-trooper kepada dasar 3sen sekurang-kurangnya 20 sen itu ayam, 3sen telur,” tempelak Shahril.

Beliau turut menasihatkan unit komunikasi kerajaan sewajarnya mengumumkan berkaitan harga siling dibuat secara ringkas dan tidak perlu diceritakan seolah-olah satu kejayaan.

Pada 17 Jun baru-baru ini, Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri berkata, harga runcit baharu bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing ditetapkan 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji, berkuat kuasa 17 Jun.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penurunan harga runcit itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa yang menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam, terutama bahan asas kepada makanan haiwan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat