Agong bida RM1.75 juta untuk plat ‘FFF1’ harap dapat bantu rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Nombor pendaftaran kenderaan “FFF 1” menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan bidaan RM1.75 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyampaikan nombor pendaftaran itu kepada Sultan Ibrahim ketika menghadap baginda di Istana Negara.

Sultan Ibrahim dalam hantaran Facebook berharap hasil bidaan itu akan digunakan Putrajaya untuk membantu rakyat.

Pembidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan “FFF” berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu sempena sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan ke-78.

Sebelum itu, Anthony dilaporkan berkata, bidaan itu bertujuan menjana dana tambahan untuk inisiatif seperti pengagihan topi keledar percuma, caruman Perkeso tambahan untuk 40,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah, tajaan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) dan B2 buat golongan B40.

Sultan Ibrahim yang terkenal dengan minatnya terhadap kereta klasik dan koleksi, pernah membeli nombor pendaftaran kenderaan unik, termasuk “FF 1” bernilai RM1.2 juta pada Jun 2023 dan “GOLD 1” dengan nilai RM1.5 juta pada Februari lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat