Had sebut harga dinaikkan kepada RM1 juta – Kementerian Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kementerian Kewangan mengumumkan pengecualian ke atas Arahan Perbendaharaan (AP)182 kepada semua kementerian dan agensi pelaksana sehingga peringkat negeri dan daerah dengan had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil.

Menurut Perdana Menteri, ini bermakna, semua projek Kerajaan Persekutuan yang merangkumi penyelenggaraan dan pembaikan yang bernilai RM1 juta boleh dilaksanakan terus oleh kementerian dan agensi berkenaan termasuk di peringkat negeri atau daerah tanpa perlu melalui Jabatan Teknik (termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran kaedah perolehan bagi semua projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dilaksanakan oleh semua kementerian atau agensi pengguna sehingga ke peringkat negeri dan daerah.

“Had nilai sebut harga perolehan kerja ditingkatkan kepada RM1 juta daripada RM500,000.

“Selain itu, had perolehan secara cabut undi ditingkatkan kepada RM200,000 daripada RM100,000,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan juga mengumumkan, kemudahan pembiayaan kepada kontraktor bagi meningkatkan penglibatan kontraktor kecil dari pelbagai kelas untuk sama-sama terlibat dalam melaksanakan projek berskala kecil.

“Susulan itu, kerajaan juga memperkenalkan kemudahan pembiayaan secara “financial close” bagi memastikan kontraktor tiada masalah aliran tunai dan kerja disiapkan mengikut jadual.

“Butiran lanjut berkaitan program ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Pertanyaan lanjut berkenaan AP182 boleh dipanjangkan kepada [email protected],” kata beliau.

Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2023 menyatakan kerajaan telah menekankan usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana rakyat terutamanya projek sekolah dan klinik daif.

“Kerajaan Perpaduan akan terus mempertegak dan berpegang pada prinsip tatakelola baik dalam pentadbiran. Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus memastikan perolehan Kerajaan khususnya melibatkan projek-projek cakna rakyat seperti pembaikan
dan penyelenggaraan sekolah daif, klinik daif, jalan-jalan berlubang akan dilaksanakan pada kadar segera,” katanya.

Selaras dengan itu, keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang terkini telah memutuskan supaya projek-projek berskala kecil di seluruh negara dipercepatkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat