Waris dapat idea cipta lagu selepas jadi penghantar makanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengalaman menjadi penghantar makanan Disember tahun lalu memberi inspirasi kepada penyanyi rap, Waris menghasilkan single baharu berjudul Rembau Most Wanted 2.

Berkongsi kisah itu, Waris atau nama sebenar, Muzzammil Alias memberitahu, lagu berentak hip hop itu mengajak pendengar bersyukur atas kurniaan Tuhan.

“Walaupun cuma sehari saya mencuba menjadi budak penghantar makanan, namun, pengalaman yang dikutip amatlah berharga.

“Saya belajar betapa sukarnya pekerjaan itu di mana hari-hari terpaksa berdepan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan.

“Pesan saya, kalau boleh, kenalah bertolak ansur jika ada antara pesanan lambat sampai. Tidak semua punca kelewatan disebabkan kecuaian penghantar.

Waris menjelaskan single Rembau Most Wanted  2 bukanlah kesinambungan daripada lagu Rembau Most Wanted. Foto  IG Waris
Waris menjelaskan single Rembau Most Wanted 2 bukanlah kesinambungan daripada lagu Rembau Most Wanted. Foto IG Waris

 

“Tidak salah kalau kita amalkan sikap berbudi bahasa. Dengan pengalaman sendiri termasuk rakan-rakan penghantar makanan lain, saya kongsikan dalam single baharu, Rembau Most Wanted 2,” katanya kepada BH Online.

Waris, 32, menambah, apa yang menarik, melodi lagu itu dihasilkan menerusi alat muzik rekorder anaknya, Muddasir yang berusia lima tahun.

“Disebabkan saya sudah menetap di Negeri Sembilan, jadi rakaman lagu ini dibuat di studio mini di rumah.

“Studio saya tidaklah canggih tetapi bolehlah untuk dijadikan sumber rezeki dengan menghasilkan lagu untuk orang lain.

“Selepas bisnes baju sekolah ditutup dan ‘show’ berkurangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya banyak mencipta lagu,” katanya.

Untuk mengelak kekeliruan, Waris memberitahu, Rembau Most Wanted 2 bukanlah kesinambungan kepada lagu popularnya sebelum ini.

“Memang ramai yang minta lagu Rembau Most Wanted disambung. Jadi, lagu ini dihasilkan atas permintaan peminat yang merindukan lagu dalam dialek Negeri Sembilan.

“Walaupun tiada kisah mengenai Rembau dalam lagu ini, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengubat kerinduan peminat yang mahukan lagu sedemikian,” katanya.

Single baharu penyanyi berkulit hitam manis ini boleh didapati di semua pelantar digital. Video muziknya yang menampilkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad boleh ditonton di saluran YouTube.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat