Mesyuarat Biro Politik UMNO Bakal Langgar PKP 3.0?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan sebarang jemputan ke sidang media Mesyuarat Biro Politik UMNO malam ini seperti tular di media sosial.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada terdapat mesyuarat biro politik UMNO pada malam ini.

Namun sumber SuaraTV mengesahkan jemputan asal mesyuarat Biro Politik yang dirancang pada jam 3 petang ini ditukar kepada 8 malam ini. Setakat ini Datuk Seri Ismail Sabri belum memberi apa-apa kenyataan media.

Sebelum ini seorang pengguna akaun twitter menggunakan akaun Bai Ghost Protocol melontar persoalan kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, sama ada mesyuarat tersebut mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini semua mesyuarat tidak boleh diadakan secara bersemuka.

Semalam Utusan TV melaporkan Biro Politik UMNO akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan isu penarikan UMNO dari kerajaan pada 1 Ogos nanti.

Menurut portal online  tersebut, Presiden parti, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan mengadakan mesyuarat Biro Politik di Ibu pejabat parti akan membincangkan dan membuat keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan dan dijangka dihadiri oleh 10 anggota jawatankuasa pengurusan serta 13 pengerusi perhubungan negeri.

S.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat