Pengambilan Khas Guru Seramai 18,702 Orang

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia akan melakukan pengambilan khas guru bagi tahun 2021 membabitkan 18, 702 orang bagi menampung kekurangan guru di seluruh negara dengan tumpuan kepada Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menyatakan pengambilan khas guru secara ‘one-off’ ini bertujuan menyelesaikan isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

“Kementerian Pendidikan juga mengenal pasti beberapa mata pelajaran yang berhadapan kekurangan guru yang sangat ketara di Sekolah Rendah dan Menengah,” jelas Radzi dalam sidang media pagi tadi.

Bagi sekolah rendah, antara mata pelajaran yang dikenal pasti berhadapan kekurangan guru sangat ketara ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Manakala bagi sekolah menengah, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, dan Reka Bentuk dan Teknologi antara tumpuan KPM.

Iklan pengambilan dan syarat-syarat pengambilan akan diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada 7 Julai 2021.

Radzi turut memberitahu pengambilan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai ijazah pendidikan sahaja. Manakala penempatan guru-guru ini akan mula dibuat mulai Oktober 2021.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat