137 Pelajar Tingkatan 5 SMK Sg Koyan Terima Peranti Digital

- Advertisement -

 

SUNGAI KOYAN: Seramai 137 pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaaan Sungai Koyan, Kuala Lipis menerima laptop untuk Pengajaran dan. Pembelajaran di Rumah (PdPR) daripada Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail, sumbangan peranti digital yang diberi kepada anak-anak penerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan keluarga B40 yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Sumbangan laptop dari kerajaan negeri Pahang kepada para pelajar yang akan mengambil SPM tahun ini,

“Penerima terdiri dari anak-anak penerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan keluarga B40 yang akan mengambil SPM tahun ini,” katanya ketika majlis tersebut.

Sementara itu,  pada majlis tersebut seramai 5 orang pelajar yang cemerlang dalam SPM 2020 telah menerima sumbangan peribadi daripada Wan Rosdy.

Adik Nastasya Elyana Bte Satriawan Mahmuddin (8A1B), Arshivnayah A/L Ramesh Kumar (8A2B), Aziman Abd Majid (7A1B) dan Hafiza A/P Hamdan (4A3B1C) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan manakala adik Roslida  A/P Bah Chip (7A1D) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar.

Majlis tersebut juga dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,548FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat