TV AlHijrah terima pengiktirafan Malaysia Best Employer Brand Awards 2026

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah menerima pengiktirafan Malaysia Best Employer Brand Awards 2026 sempena majlis 21st Employer Branding Awards yang berlangsung di Pullman Kuala Lumpur City Centre, hari ini.

Pengiktirafan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen TV AlHijrah dalam memperkukuh pembangunan modal insan, kesejahteraan warga kerja serta pembudayaan persekitaran kerja yang progresif, inklusif dan berteraskan nilai.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengasas World CSR Day dan World Sustainability Congress merangkap Pengarah World HRD Congress & Employer Branding Awards, Dr. R. L. Bhatia.

Majlis berprestij itu dianjurkan oleh Employer Branding Institute – India dengan kerjasama beberapa organisasi antarabangsa termasuk World HRD Congress serta World Federation of HR Professionals (WFHRP).

Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron berkata, pengiktirafan itu mencerminkan usaha berterusan organisasi berkenaan dalam membina budaya kerja positif dan mampan.

Menurut beliau, warga kerja merupakan aset terpenting TV AlHijrah, manakala dedikasi, komitmen dan nilai yang dibawa seluruh pasukan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan serta transformasi organisasi.

“Sebagai sebuah organisasi media yang berteraskan nilai Islam, kami akan terus komited dalam memperkukuh budaya kerja yang progresif, inovatif dan inklusif selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta perkembangan landskap industri media dan digital masa kini,” katanya ketika menerima anugerah tersebut.

Beliau hadir bersama Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed.

Mohd Khair turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja TV AlHijrah atas sumbangan dan komitmen yang diberikan sehingga organisasi itu menerima pengiktirafan berkenaan.

Turut menerima pengiktirafan pada majlis sama ialah beberapa organisasi dan institusi daripada pelbagai sektor termasuk Pullman KLCC, LUNAS, Atlantic Container Lines Sdn. Bhd, Alibaba Cloud Malaysia, SP Setia Berhad, DHL Malaysia, Co-Op Bank Pertama, Dell Technologies Malaysia dan iCar Asia Sdn. Bhd.

Malaysia Best Employer Brand Awards 2026 mengiktiraf organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan sumber manusia termasuk pembangunan bakat, strategi pengambilan pekerja, kesejahteraan pekerja, pembangunan kepimpinan, budaya kerja serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Pengiktirafan ini menjadi pencapaian signifikan buat TV AlHijrah dalam memperkukuh reputasinya sebagai organisasi media yang memberi penekanan terhadap pembangunan insan dan kesejahteraan tenaga kerja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat