Saya setia kepada Raja dan negara bukannya titah – Tony Pua

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP Tony Pua menegaskan seluruh rakyat Malaysia harus memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia dengan teliti selaras dengan sistem raja berperlembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara.

Bagaimanapun Tony Pua berkata beliau setia kepada Raja dan negara dan akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang mengikut Perlembagaan Persekutuan. Namun bukannya titah.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kuasa raja berbeza sedikit mengikut negeri.

“Namun secara umumnya, kuasa raja adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Tony Pua yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkata, sebaliknya negara ini mempunyai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggotai wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk membuat undang-undang dan keputusan tersebut.

Tambah beliau, perkara itu selaras sepenuhnya dengan Rukun Negara khususnya prinsip kedua, ketiga dan keempat iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat