Pelajar UEC juga ambil SPM, tak pernah pinggirkan Bahasa Melayu – Anthony Loke beritahu mahir pelbagai bahasa bukan ancaman

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke memperbetul salah faham dengan menegaskan, majoriti besar pelajar UEC turut mengambil peperiksaan SPM sebagai asas pendidikan kebangsaan mereka.

Jelas Loke, tahun lalu sahaja, seramai 9,580 daripada 10,944 pelajar UEC menduduki SPM.

“UEC digunakan sebagai kelayakan kemasukan universiti setaraf A-Level.

“Namun syarat asas kerajaan tetap jelas iaity wajib memiliki SPM, kredit Bahasa Melayu dan lulus sejarah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Menteri Pengangkutan, Bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa kebangsaan dan tidak pernah dipinggirkan

“Kita mahu anak Malaysia kuasai pelbagai bahasa, Melayu, Cina, Inggeris, Tamil malah Arab. Inilah falsafah Kerajaan Madani.

“Dalam dunia hari ini, penguasaan pelbagai bahasa adalah satu kekuatan, bukan ancaman. Anak Malaysia yang mampu menguasai
lebih banyak bahasa akan lebih berdaya saing di peringkat global.

“Pendidikan sepatutnya membuka lebih banyak peluang untuk anak muda, bukannya dijadikan modal politik,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat