JPN didakwa ambil masa lebih 10 tahun siasat ketidakaturan permohonan kad pengenalan – EIAC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menerima aduan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas isu tempoh masa siasatan yang diambil melebihi 10 tahun dalam kes melibatkan ketidakaturan permohonan kad pengenalan.

Menurut EAIC, siasatan ini dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Hasil siasatan mendapati bahawa wujud isu kelewatan dan ketidakaturan dalam pengendalian kertas siasatan oleh pegawai penyiasat JPN semasa menjalankan siasatan melibatkan kes tersebut sehingga menyebabkan kelewatan tindakan diambil semasa menjalankan
siasatan.

“Juga wujud isu kehilangan sijil lahir asal yang telah diimpaun oleh JPN sehingga memberikan kesan terhadap jangka masa yang diambil oleh JPN untuk menyelesaikan siasatan tersebut; selain itu, terdapat keperluan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) JPN melibatkan isu tempoh masa yang wajar diberikan untuk sesuatu kes yang mustahil untuk disiasat diambil tindakan lanjut.

“Terdapat keperluan untuk kajian dijalankan lebih terperinci dalam pelaksanaan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) bagi pihak yang gagal hadir untuk memberikan keterangan semasa proses siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, EAIC melalui Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2024 pada 8 April 2025 memutuskan untuk merujuk hasil siasatan melibatkan isu-isu di atas kepada Ketua Pengarah JPN dengan cadangan syor terhadap pegawai-pegawai JPN yang terlibat.

“Cadangan penambahbaikan SOP dan pelaksanaan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) hendaklah dilaksanakan bagi memastikan JPN dapat bertindak lebih proaktif dan berkesan dalam menjalankan siasatan.

“EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman di bawah Peraturan 38 Peraturan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] terhadap pegawai-pegawai JPN tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPN,” kata kenyataan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat