LPF tambahbaik GPFF yang baharu – Saifuddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengemaskini Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) baharu dengan tiga teras utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan,serta moral dah sisiobudaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata garis panduan ini bertujuan membantu para penggiat seni dan pembikin filem tanah air menghasilkan karya yang bermutu tanpa membataskan kemahiran, kreativiti, pemikiran saintifik, daya fikir yang kritis dan kreatif.

“Pelbagai pandangan telah diterima oleh Kementerian, di mana majoriti pihak yang berkepentingan telah memberikan maklum balas yang positif serta menyambut baik cadangan penambahbaikan GPPF ini.

“Melalui rujukan GPPF ini, para penggiat industri filem diharapkan agar dapat menghasilkan karya-karya filem yang berkualiti dan mempunyai nilai estetika, namun dalam pada masa yang sama, tidak memberikan impak yang negatif terhadap perkara-perkara yang
menyentuh tentang keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya masyarakat di negara ini,” katanya ketika berucap melancarkan Garis Panduan Penapisan Filem baharu hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata filem-filem yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat di negara ini perlu ditapis.

Tambahnya, sekiranya ia dilihat keterlaluan, keputusan untuk tidak meluluskan tayangan boleh diberikan.

“Dalam konteks ini, sebagai contoh, Kerajaan Malaysia tidak pernah meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa berkaitan LGBTQ serta tidak mengiktiraf sebarang gaya hidup LGBTQ.

“Oleh itu, mana-mana filem yang memaparkan kandungan yang mempromosikan gaya hidup LGBTQ akan ditapis dan berkemungkinan tidak akan diluluskan untuk tayangan di Malaysia, bergantung kepada keseluruhan jalan cerita.

“Begitu juga dengan filem-filem lain yang mengandungi elemen komunisme, Islamophobia, pluralisme serta bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat,”katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat