Pengusaha Kedai Gunting Rambut Terhimpit

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

SHAH ALAM – Pengusaha-pengusaha perkhidmatan kedai gunting rambut terus terhimpit apabila kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung kebenaran operasi perniagaan tersebut bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Presiden Persatuan Pengusaha Salon Rambut Malaysia (Mahas), A K Selvan,55, berkata, keadaan sesetengah pengusaha kedai gunting rambut terutamanya di kawasan luar bandar ketika ini amat teruk selepas hampir dua bulan lebih tidak dapat beroperasi.

Beliau berkata, rata-rata pengusaha kedai gunting rambut juga dari golongan pertengahan dan memperoleh pendapatan hasil dari perniagaan tersebut sahaja.

“Kini ramai yang sudah tiada sumber pendapatan, malah ada yang sampai terpaksa membuat pinjaman wang untuk meneruskan kehidupan.

“Kami ada keluarga untuk ditanggung, sewa premis masih perlu dibayar, jika keadaan ini berterusan (tidak benar operasi), mungkin 80 peratus daripada kami terpaksa tutup kedai terus kerana tak mampu bayar sewa premis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Selain itu, Selvan berkata, beliau juga bimbang perkara yang berlaku di negara lain seperti kes bunuh diri di kalangan pengusaha kedai gunting rambut kerana tertekan boleh juga berlaku di negara ini.

Katanya, beliau berharap keadaan di sini tidak akan menjadi seteruk itu dan merayu agar kerajaan dapat membenarkan semula operasi perkhidmatan ini sebelum hari raya.

“Perayaan Aidilfitri tinggal beberapa hari saja dan kebiasaannya kami akan dapat rezeki lebih pada waktu begini berbanding hari biasa.

“Kami di Mahas mohon kerajaan buat keputusan segera, beri kelonggaran kepada kami untuk beroperasi dan apa sahaja SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan kami akan ikut dan patuh,” katanya.

Selvan berkata, beliau percaya sekiranya kerajaan membenarkan operasi kedai gunting rambut, semua pengusaha pasti akan mematuhi segala SOP ditetapkan kerana keselamatan mereka dan pelanggan amat penting.

“Kami tak akan bahayakan pelanggan termasuk diri sendiri,” katanya – Sinar Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

Covid-19: Empat Daerah Di Sabah Dikenakan PKPD Bersasar

KUALA LUMPUR — Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat...