Rohani Dilantik Semula Sebagai Pengerusi LPPKN

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengumumkan pelantikan semula Dato’ Sri Rohani Abdul Karim sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkuatkuasa 18 April 2025 hingga 17 April 2027.

KPWKM dalam kenyataannya berkata Rohani yang juga mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menggalas tugas menerajui LPPKN sebelum ini selama dua tahun bermula 25 Mei 2023.

“Sepanjang beliau di LPPKN pelbagai kejayaan besar telah dicapai dan dilakar di peringkat nasional mahupun antarabangsa, ”kata kenyataan itu pada Jumaat.

Beliau berpengalaman luas, pernah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2008 hingga 3 April 2009 serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 9 April 2009 hingga 5 Mei 2013.

Selain itu, beliau merupakan wanita Sarawak pertama mengetuai KPWKM pada 16 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018.

“KPWKM mengucapkan tahniah dan semoga dengan pelantikan semula ini beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam menerajui dan memperkukuhkan lagi operasi dan perkhidmatan LPPKN sebagai peneraju kesejahteraan keluarga negara, ”tambah kenyataan itu lagi -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat