PAS sah tolak PH, cuma kerjasama dengan BN, PN, GPS, PBS, STAR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS juga mengesahkan tidak akan menjalin kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) dalam konsep ‘khemah besar’ bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu mengucapkan terima kasih atas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang berpendirian menolak UMNO, Bersatu dan PAS dalam konsep ‘khemah besar’.

“PAS sepanjang masa amat konsisten dengan pendirian mendokong dan memperkuatkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui bersama oleh Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan STAR.

“PAS amat yakin pendekatan penyatuan ummah yang boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera adalah formula yang paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia,” kata Takiyuddin pada Selasa.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu lagi, PAS juga melalui pendekatan Politik Matang dan Sejahtera sentiasa komited dan sedia berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU-15.

“Apa yang penting dalam era pasca pandemik ini adalah kepentingan rakyat dan negara diutamakan,” jelas Takiyuddin.

Sebelum ini, Amanah tegas berpendirian menolak UMNO, Bersatu dan PAS dalam konsep ‘khemah besar’ bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

Presidennya, menjelaskan tidak mungkin PH akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.

Pendekatan ‘khemah besar’ tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan sama ada UMNO, Bersatu atau PAS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,600FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat