Pameran Asal Tanah di Balai Seni Negara tarik lebih 8,000 pengunjung, dilanjut hingga 30 Jun ini

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Pameran Asal Tanah yang berlangsung di Galeri 2B, Balai Seni Negara kini dilanjutkan sehingga 30 Jun ini, umum Balai Seni Negara.

Balai Seni Negara dalam kenyataan berkata sejak mula dibuka pada 21 Nov tahun lalu, pameran ini telah menerima lebih 8,000 pengunjung yang terdiri daripada penggiat seni, pelajar, penyelidik, serta orang ramai yang berminat untuk mendekati seni seramik kontemporari.

“Sambutan positif ini mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap medium seramik serta peranan pentingnya dalam
perkembangan landskap seni visual negara.

“Pameran Asal Tanah menampilkan 83 karya seramik, termasuk karya daripada Koleksi Seni Visual Negara serta karya seniman jemputan.

“Pameran ini turut melibatkan penghasilan karya daripada seniman yang bernaung di bawah Persatuan Seni Seramik Perak (PERSERA), selain hasil kolaborasi melalui program outreach After Monsoon Project yang melibatkan komuniti di Pantai Pulau Kundur, Kelantan, ”kata kenyataan itu.

Katanya, melalui himpunan karya ini, pengunjung berpeluang menyaksikan kepelbagaian pendekatan artistik dalam seni seramik, sekali gus memahami hubungan antara bahan, teknik dan ekspresi seni yang berakar daripada unsur tanah sebagai medium asas penciptaan.

“Pameran ini turut memperlihatkan bagaimana seni seramik berkembang daripada tradisi kepada pendekatan kontemporari yang lebih eksperimental dan reflektif.

“Pelanjutan tempoh pameran ini memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung untuk menghayati keunikan karya seramik yang dipamerkan, selain memperkukuh usaha Balai Seni Negara dalam memartabatkan seni seramik sebagai cabang penting dalam ekosistem seni visual Malaysia,”ujarnya.

Orang ramai dan peminat seni seramik kontemporari dijemput mengunjungi pameran ini, dan untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang http://www.artgallery.gov.my a atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat