Kes rayuan Syed Saddiq ditangguh, sambung lepas raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menangguhkan kepada 17 April depan bagi menyambung hujahan pendakwaan dalam rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengetepikan sabitan empat tuduhan berkaitan dana Armada yang dihadapinya.

Syed Saddiq, 32, merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang sedang berhujah bagi pihak responden hari ini, tidak dapat dapat meneruskan hujahan selepas beliau tiba-tiba ‘hilang suara’.

Wan Shaharuddin kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mengalami sakit tekak sejak pagi tadi, dan banyak lagi fakta yang perlu dihujahkan di mana beliau memerlukan kira-kira 45 minit untuk menyudahkan hujahan.

“Saya mohon, mahkamah membenarkan prosiding ini bersambung selepas sambutan Aidilfitri pada bulan hadapan.

“Sebolehnya saya mahu habiskan hujahan hari ini juga, namun saya tidak tahu hendak buat macam mana sebab sakit,” memetik BH pada Khamis.

Sehubungan itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin menangguhkan prosiding.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat