UMNO Sabah minta penjelasan kegagalan Sabah Maju Jaya

- Advertisement -

SANDAKAN: Kerajaan Negeri perlu menjelaskan kepada rakyat Sabah berhubung Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dilancarkan sejak 2021 disifat gagal berdasarkan isu kemudahan asas dan isu kemiskinan di lapan daerah.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata sejak Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 2021-2025 dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada Mac 2021, rakyat tertanya-tanya dimana kejayaan kerajaan negeri dalam pelan ini.

“Isu kemudahan asas seperti jalanraya tidak diselenggarkan sehingga rakyat mengatakan jalan di bulan, ada paip tetapi bekalan air bersih tiada dan bekalan elektrik dicatukan.

“Ini belum masuk isu kemiskinan di lapan daerah yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada khamis lalu,” katanya.

Suhaimi berkata kejayaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya ini sering dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan slogan semata-mata tetapi merupakan satu Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025. Pada tahun pertama SMJ telah diperuntukan RM3.4 billion untuk memacu tiga sektor utama termasuk infrastuktur awam.

“Setiap sektor pertumbuhan telah diperuntukan dana untuk membiayai pelbagai inisiatif dalam pelbagai elemen SMJ. Bermula 2021, sebanyak 573 inisiatif telah dirangka akan dilaksanakan oleh 11 kementerian dan 21 jabatan serta agensi kerajaan dibawah Jabatan Ketua Menteri.

“Persoalannya, SMJ bukan satu slogan tetapi satu dasar dan perancangan yang disediakan dana tetapi dimana kejayaannya??.

“Kepada Ketua Menteri atau Menteri yang dipertanggungjawabkan menjalankan Pelan Pembangunan SMJ, dimana tahap pengukuran sebagai kejayaan atau majunya sebuah negeri yang mempunyai slogan Sabah Maju Jaya sebagai JATA Kerajaan Negeri,” katanya.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran tegasnya sepatutnya kerajaan negeri fokus segala usaha meningkatkan kemudahan asas dan menangani isu kemiskinan lapan daerah di bawah pelan berkenaan.

“Jangan hanya tahu menaikkan papan tanda SMJ di sana sini, sebaliknya kerajaan negeri lebih bertanggungjawab merangka strategi dalam aspek kemajuan ekonomi dan pembangunan infrastuktur yang merentasi sempadan politik bagi memastikan kepentingan rakyat,” katanya.

Sebelum ini SuaraTV melaporkan kemungkinan Sabah Maju Jaya Sdn Bhd mengulangi skandal 1MDB.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat