Tiada jawatan pun saya tetap pertahan agama, bangsa dan tanah air saya – Akmal bidas King Sing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menempelak Datuk Seri Tiong King Sing bahawa beliau tidak gentar dengan kritikan keras Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu.

Dr Akmal malah bertegas sekiranya tiada jawatan dalam Umno pun, beliau akan tetap mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya.

Beliau memetik kata-kata King Sing dalam kenyataan Ahli Parlimen Bintulu itu semalam,

“saya lebih bimbang sekiranya pemimpin kanan Umno tidak mempedulikan gelagat dan sikap Akmal selaku ketua Pemuda Umno, maka ini akan mengakibatkan rakyat terus berpandangan negatif terhadap Umno”. katanya.

Exco Melaka itu sebaliknya meminta King Sing cermin diri terlebih dahulu.

“Boleh tak seseorang beri cermin pada dia ni? Boleh cermin diri dulu kot.

“Kalau tiada jawatan pun saya akan tetap pertahankan agama,bangsa dan tanah air saya!

“Teruskan boikot KK Mart! seru Dr Akmal.

Pada Selasa, King Sing menyeru kepimpinan Umno tidak terus membiarkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh memperbesar-besarkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Tiong berkata Umno perlu memandang serius tindakan Akmal dan tidak membiarkannya menggunakan platform Pemuda Umno dan statusnya sebagai pemimpin untuk mengejar agenda peribadi.

“Saya lebih bimbang sekiranya pemimpin kanan Umno tidak mempedulikan gelagat dan sikap Akmal selaku ketua Pemuda Umno, maka ini akan mengakibatkan rakyat terus berpandangan negatif terhadap Umno, malah tidak mustahil Umno terus ditolak oleh rakyat yang cintakan keamanan, perpaduan dan dahagakan politik matang,” katanya.

Mengulas lanjut, Tiong juga menggesa Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh supaya bertindak tegas terhadap Akmal yang juga exco kerajaan negeri itu.

“Saya telah mendapat maklum balas bahawa rakyat dan akar umbi Melaka telah membuat aduan dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap angkuh Akmal.

“Jika tidak diperbetulkan segera, ini mungkin memberi kesan negatif kepada perkembangan politik Melaka pada masa hadapan,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat