- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan persetujuan daripada DAP untuk mempertahankan agamanya daripada dihina.
Beliau berkata demikian membidas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyatakan tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan Dr Akmal kerana KK Mart telah mengemukakan permohonan maaf serta mengakui kesilapan mereka.
“Saya tak perlu dapatkan persetujuan DAP untuk mempertahankan agama saya daripada dihina.
“Siapa pun kamu,saya tak pernah takut dan tak pernah gentar.
“Fullstop! Kekal boikot! tegas Ketua Pemuda Umno itu dalam hantaran di Facebook.