‘Jika kedai orang Islam hina Islam, lebih teruk diboikot’ – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dr Akmal Saleh menegaskan kelantangan beliau mengkritik isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart bukan bersandar soal perkauaman memandangkan rangkaian itu dimiliki bukan Islam.

Sebaliknya beliau menyatakan kritikan beliau itu atas dasar menjaga kesucian agama Islam.

Ketua Pemuda Umno itu berkata demikian sebagai respons terhadap kritikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ke atasnya terkait isu stoking tertera kalimah Allah.

“Jika kedai orang Islam jual benda yang sama menghina agama Islam bukan sahaja boikot, malah lebih teruk kita akan boikot dan kenakan padanya.

“Jika ada mana-mana pihak yang mencemarkan agama Islam, tidak kira bangsa mahupun fahaman politik kita akan tetap lawan habis-habisan.

“Yang memainkan isu ini sebagai isu perkauman ini kamu. ‘Shame on u’. Kekal boikot KK Mart,” katanya.

Semalam, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan dipetik berkata, DAP tidak bersetuju dengan pendekatan Akmal dalam isu KK Mart.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Ketua Pemuda Umno itu akan bertindak demikian sekiranya isu tersebut melibatkan syarikat milik orang Islam.

Pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. sebelum ini tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat