Perkasa Ekonomi Rakyat Agenda Utama Sekretariat Kerajaan Perpaduan- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermesyuarat kali kedua semalam berkisar hal
memantapkan dan mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di kalangan pemimpin bagi memastikan agenda mensejahterakan rakyat terus diberi perhatian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi bersama-sama pimpinan utama parti-parti politik di Menara Dato Onn.

Menurut beliau, mesyuarat juga menyentuh mengenai kepentingan mewujudkan program serta agenda memperkasakan ekonomi rakyat.

“Antara intipati lain juga terarah kepada konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dirancang bakal diadakan dalam tempoh mendatang.

“Saya juga menzahirkan penghargaan kepada pimpinan dari Sabah dan Sarawak atas dukungan kuat dalam memastikan Kerajaan Perpaduan terus utuh dan teguh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat