Tanpa Mandat Majlis Tertinggi, Perbincangan UMNO-PKR Tiada Makna – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi menjelaskan bahawa apa sahaja percakapan antara pemimpin UMNO dengan PKR itu tidak ada makna tanpa mandat daripada Majlis Tertinggi berhubung rundingan kerjasama antara dua parti tersebut.

“Bercakap soal kerjasama politik, itu adalah merupakan keputusan dasar yang mana ia perlu melalui proses, perlu melalui Majlis Kerja Tertinggi. Prosesnya paling penting sekali (ialah) mandat”.

Tambah beliau lagi, “Siapa saja yang nak berunding, dalam konteks ini perlu mendapat mandat dari Majlis Kerja Tertinggi dan apa juga mandat yang diberikan, hasil dari perbincangan itu mesti kembali ke Majlis Kerja Tertinggi untuk kita putuskan dan diangkat ke Perhimpunan Agung UMNO”.

Asyraf menyatakan perkara ini ketika ditemubual dalam rancangan “Dialog Konsensus Nasional” yang disiarkan oleh Astro Awani malam tadi.

– Sumber Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat