Maddox Jolie-Pitt mahu buang nama Pitt

- Advertisement -

ANAK sulung Brad Pitt dan Angelina Jolie, Maddox Jolie-Pitt, 19, mahu menggunakan nama Jolie saja sebagai nama keluarganya.

Menurut sumber terdekat keluarga itu, Maddox sudah memberi keterangan sebagai seorang yang dewasa untuk kes perebutan hak penjagaan di antara Brad dan Angelina dan nampaknya ia seperti tidak berpihak kepada Brad.

“Maddox tidak menggunakan nama Pitt sebagai nama keluarganya dalam dokumen yang mana memang sah dan dia menggunakan nama Jolie.

“Maddox ingin menukar nama keluarganya kepada Jolie saja secara sah, namun Angelina tidak menyokong permintaannya itu,” kata sumber itu.

Pada 12 Mac lalu, Angelina, 45, memfailkan kes baru yang menyebut Brad, 57, melakukan keganasan dalam rumah tangga.

Kertas perbicaraan itu menyebut Angelina serta anak-anaknya, Maddox, 19; Pax, 17; Zahara, 16; Shiloh, 14 dan kembar Knox dan Vivienne, 12, bersetuju untuk mengemukakan bukti menentang Brad.

Bintang filem Maleficent itu memfailkan perceraian terhadap Brad pada September 2016, dua tahun selepas mereka berumah tangga.

Pada April 2019, pasangan itu mengumumkan mereka sudah berpisah, namun proses perceraian masih lagi berjalan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat