Sultan Ibrahim salur RM1.5 juta kepada kerajaan melalui bidaan no plat GOLD 1

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah membida nombor plat kenderaan keluaran khas ” GOLD 1″ dengan nilai RM1.5 juta.

Bidaan itu direkodkan nilai tertinggi dalam sejarah negara.

Sultan Ibrahim dalam perkongsian di Facebooknya pada Selasa mengumumkan, RM 1.5 juta itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, sebanyak RM1.5 juta yang akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini (20 Februari) di Istana Negara.

Dalam pertemuan itu, Anthony Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat