Kod Etika Wartawan ‘refresher’ kepada pengamal media – Ashwad

- Advertisement -

JAKARTA — Kod etika merupakan satu perkara penting untuk dijadikan panduan dalam menjalankan tugas sebagai wartawan atau pengamal media, kata Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami), Ashwad Ismail.

Beliau yang juga Ketua Pengarang Astro Awani berkata, pelancaran Kod Etika Wartawan hari ini bukanlah suatu perkara baru, namun ia menandakan satu titik penting bagi negara.

“Pada masa yang sama kita lihat ini menandakan satu titik penting. Dia bukan sahaja sebagai ‘refresher’ kepada kita semua wartawan kerana kod etika ini bukan satu perkara baru di peringkat global.

“Tetapi untuk Malaysia adalah sebagai refresher memperingatkan kita semula tentang kenapa perlunya kod etika wartawan ini is like a living dokumen dokumen yang sentiasa hidup dan diperbaharui dari masa ke masa,” katanya ketika ditemui media di Tamarin Hotel Jakarta hari ini.

Terdahulu Kod Etika Wartawan Malaysia dilancarkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menggarap lapan etika utama.

Jelasnya Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan tidak akan mengekang kebebasan media dan pengamal media di negara ini.

Kod Etika Wartawan ini wujud pada 1989, namun ia kini ditambah baik untuk mendepani cabaran teknologi masa kini.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat