Syarikat Bas E-Mutiara Taja Dua Kelab Liga Super

- Advertisement -

KOTA BHARU – Syarikat perkhidmatan bas, Konsortium E-Mutiara meneruskan kerjasama strategik dengan kelab Liga Super, Kelantan United FC (KUFC) dan Selangor FC membabitkan tajaan bernilai RM1 juta.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail berkata, kerjasama itu diteruskan bagi tahun keempat bersama skuad Red Giants manakala tahun ketiga bagi KUFC merangkumi tajaan RM500,00 bagi setiap kelab.

“Kita teruskan tajaan atas faktor minat saya dalam bola sepak dan kerjasama baik yang berlangsung selama ini. Kerjasama strategik ini membabitkan nilai RM1 juta bagi dua buah bas bertingkat yang akan digunakan Selangor dan KUFC sepanjang musim 2023, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pemasyhuran kerjasama Strategik Liga Malaysia 2023 di antara Konsortium E-Mutiara Berhad dengan KUFC dan Selangor FC, di Panji, di sini, hari ini.

Pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama itu, KUFC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala Selangor FC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Red Giants FC Sdn Bhd, Dr Johan Kamal Hamidon.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Rozi berkata pihaknya menyambut baik lanjutan sokongan itu yang dimulakan sejak 2019.

Katanya, sehingga kini KUFC sudah menerima 10 penaja dan mengaitkan kehadiran pemain legenda, Indra Putra Mahayuddin dan pemain import dari Senegal, Morgaro Lima Gomis musim ini sebagai tarikan utama.

“Musim ini ada penaja yang tawar diri dan kita berusaha sedaya upaya mempersiapkan pasukan. Kita berterima kasih atas kerjasama E-Mutiara meneruskan tajaan pengangkutan pasukan,” katanya.

Sementara itu, Dr Johan berkata, banyak kenangan dicatat bersama syarikat bas itu yang berpengkalan di Panji, di sini, termasuk insiden bas dirosakkan penyokong ketika perlawanan.

“Tanggungjawab membawa pemain dengan selamat, bukan kerja mudah. Sebab itu atas pengalaman dan hubungan yang ada, kita teruskan kerjasama dengan E-Mutiara,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat