Sektor Pertanian Dapat Peruntukan Tinggi Dalam Belanjawan 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk terus memperkasa sektor pertanian bagi mengalakkan orang ramai menceburi dalam bidang berkenaan.

Hal demikian dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi, kerajaan akan memperuntukan bajet yang tinggi kepada sektor pertanian.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan mahu berusaha memastikan pengeluaran hasil pertanian yang produktif dan bernilai tinggi menyumbang kepada bekalan makanan mencukupi dan mengurangkan kebergantungan kepada import.

“Ini sekaligus menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memacu sektor agro makanan supaya menjadi sektor yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

“Dalam pada itu, industri pertanian memainkan “peranan yang penting dalam sumbangan ekonomi negara dan sudah pastinya kerajaan akan terus membantu dan membuat pelaburan dalam sektor berkenaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat