Malaysia cuba teroka bidang, pasaran dan teknologi baharu di sebalik perubahan geopolitik, dasar kuasa besar – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia realistik dengan kedudukan dan perubahan geopolitik, beberapa dasar kuasa besar yang tidak menentu termasuk Amerika Syarikat, baik soal
tarif ataupun beberapa keputusan yang melibatkan negara- negara lain, Eropah, soal Greenland, soal Venezuela yang menyebabkan terjejas sedikit sebanyak urusan perdagangan antarabangsa dan juga penembusan pasaran baru.

Memahami situasi itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, telah cuba meneroka bidang dan pasaran baru termasuk teknologi baru.

“Dan oleh itu, Alhamdulillah setakat ini selain daripada rakan perdagangan kekal yang lama, Amerika Syarikat, Eropah, China, kita juga telah berjaya menerobos ke rantau dan juga kawasan baru untuk meningkatkan pasaran dan juga perdagangan.

“Bagi 9 bulan pertama 2025, pelaburan diluluskan ialah RM285.2 bilion iaitu pertambahan 13.2 peratus ketimbang tempoh sama 2024.

“Pelaburan diluluskan adalah tertinggi dalam sejarah setelah RM329.5 bilion (2023) dan RM384.4 bilion (2024),” kata Anwar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menteri Kewangan itu memberitahu, satu kenyataan sangat membanggakan yang akan diumumkan oleh MATRADE pada 12 tengah hari ini, iaitu trend perdagangan positif dan
tertinggi dalam sejarah.

“Sejarah tercipta dan angka itu akan diumumkan secara terperinci tengah hari ini dengan jumlah perdagangan untuk tahun 2025 mencecah RM3 trilion buat pertama kalinya.

“Jadi sebab itu saya rumuskan perlunya penjelasan dasar, disiplin dan tatakelola yang baik dan meneroka pasaran baru,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat