KPKT Umum Peruntukan RM4 Bilion Untuk Projek Kemudahan Awam

Cyberjaya – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM4 bilion untuk pelaksanaan pelbagai projek yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat sepanjang tahun ini. 

Menurut Menteri Housing and Local Government, YB Nga Kor Ming, dana besar ini akan digunakan bagi menyiapkan infrastruktur awam penting termasuk taman awam, pasar, kemudahan komuniti serta projek yang dilaksanakan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Beliau menjelaskan bahawa peruntukan tersebut adalah bertujuan menambahbaik mutu hidup komuniti di kawasan bandar dan luar bandar, selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap rakyat merasai faedah pembangunan. 

Selain itu, Nga juga menegaskan bahawa setiap projek akan dilaksanakan dengan tumpuan kepada akauntabiliti dan ketelusan supaya manfaatnya benar-benar dirasai oleh golongan B40 dan M40 serta komuniti setempat yang memerlukan. 

Dalam masa sama, kementerian ini juga akan terus memantau pelaksanaan projek melalui agensi dan jabatan di bawahnya untuk memastikan setiap peruntukan dibelanjakan secara berkesan dan memberi hasil mampan kepada rakyat. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat