Pemimpin PKR desak Tengku Razaleigh mohon maaf terbuka kepada Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fahmi Zainol menggesa veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan kerajaan gagal melaksanakan titah addendum berkait tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Fahmi, Ketua Umno Gua Musang perlu lebih peka sementelah isu addendum sudah dijelaskan Anwar dengan sempurna.

“Saya dengan ini menggesa Tengku Razaleigh Hamzah memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri di atas kenyataannya yang bersifat menuduh secara melulu dan tidak berasas sama sekali.

“Umno Gua Musang perlu menjadi lebih peka dalam mengikuti perkembangan mutakhir sebelum melontarkan pertuduhan berat,” katanya yang juga Adun Pantai Jerejak dalam kenyataan.

Kerajaan Anwar telah berulang kali dituduh menyembunyikan titah addendum itu.

Tengku Razaleigh, atau Ku Li, mengulangi dakwaan itu semalam dengan berkata, tindakan ‘mengingkari, menyembunyi atau menafikan’ titah dikeluarkan Agong sebagai ‘penderhakaan besar’.

Minggu lalu, Anwar berkata titah addendum yang dikeluarkan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertarikh 29 Jan 2024 telah dihantar kepada peguam negara ketika itu (Ahmad Terrirudin Salleh).

Katanya, titah addendum itu dihantar semula ke Istana Negara selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ditabal menjadi Agong ke-17 pada 31 Jan tahun lalu.

Najib mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan membenarkannya menjalani tahanan rumah mengikut titah adendum itu.

Pada 2 Feb tahun lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan hukuman penjara 12 tahun Najib dipendekkan kepada enam tahun, manakala denda RM250 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat