11 Kematian, 4,008 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Negara kembali merekodkan kes harian melebihi angka 4,000 pada Rabu, selepas 4,008 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah tersebut, 4,003 adalah jangkitan tempatan membabitkan 2,802 di kalangan warganegara dan 1,201 bukan warganegara.

Manakala selebihnya adalah kes import dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 169,379.

Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah kes aktif terus catat peningkatan yang mana kini sejumlah 41,087 kes aktif keseluruhan.

Sementara itu, sebanyak 2,374 lagi kes sembuh dicatat, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih ialah sebanyak 127,662.

Malaysia juga merekodkan pertambahan kes kematian COVID-19 iaitu sebanyak 11, dan menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini 630. – Awani

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat