“Hormati keputusan mahkamah lepas bebas Rosmah, jangan pertikai” – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membuat keputusan melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan berkait pengubahan wang haram dan mengelak cukai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap tidak ada pihak mempertikai keputusan tersebut.

“Saya ingin mengucapkan syukur kepada Datin Seri Rosmah yang telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan penggubahan wang haram dan pengisytiharan harta.

“Apabila dilepas dan dibebaskan, ertinya kita harus menghormati keputusan institusi kehakiman yang telah memihak kepada Datin Seri Rosmah.

“… dan saya harap tidak ada pihak-pihak yang mempertikai tentang keputusan mahkamah ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Kompleks Lateks Agropolitan Chemomoi di Ladang Agropolitan Chemomoi, di Pahang lapor Utusan pada Khamis.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan berkait pengubahan wang haram dan elak cukai selepas mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah tidak menyatakan secara lengkap kesalahan yang dilakukan.

Hakim K. Muniandy berkata, tanpa perincian mengenai kesalahan yang dilakukan, apa yang tinggal ialah tindakan mendepositkan wang ke dalam akaun yang mana bukanlah sesuatu yang salah di sisi undang-undang.

Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara 2013 dan 2018.

Perbicaraan kes itu bermula pada 24 Ogos lalu dan dua saksi dipanggil memberi keterangan. Perbicaraan terhenti selepas Rosmah memfailkan permohonan untuk menggugurkan pertuduhan pada 6 September 2023.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat