“Apa nak dibanggakan dengan prestasi PH sekarang, inikah maknanya reformasi? “- Muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan untuk segera bermuhasabah dan diingatkan bahawa kuasa yang digenggam hari ini tidak akan kekal selama-lamanya.

Ketua Penerangan Muda Wilayah Persekutuan Shah Fariq Aizal Sha Ghazni berkata, dahulu pemimpin PH lantang bersuara bahkan mereka menentang rasuah,
melaungkan reformasi, dan berjanji membawa perubahan.

Tetapi kini katanya, selepas berkuasa, suara mereka semakin diam membisu dan prinsip yang mereka pertahankan dahulu
kelihatan semakin pudar.

“Rakyat melihat, rakyat memerhati. Episod demi episod menjadi bukti. Kes (Datuk Seri) Zahid Hamidi dilepaskan begitu sahaja. (Datuk Seri) Najib Razak dan 1MDB masih menjadi simbol kemelut negara,(Tun) Musa Aman kembali ke pentas politik dan diberi jawatan TYT Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dan pelbagai skandal lain terus berlaku.

“Isu seperti 5G, skandal rasuah Kerajaan Sabah, lesen media sosial yang tidak masuk akal, Akta Sakit Hati, serta penindasan terhadap suara aktivis seperti Fahmi Reza.
Ini semua memberi gambaran bahawa reformasi ini hanya sekadar slogan.

“Apa yang mahu dibanggakan dengan prestasi PH sekarang? Adakah ini maknanya reformasi? Rakyat bukan mudah diperdaya. Rakyat tahu menilai. Apabila
pemimpin yang dulunya bersumpah untuk membawa perubahan kini selesa dengan kuasa, rakyat akan bertanya – apa sudah jadi? soalnya dalam kenyataan media pada Khamis.

Menurut Shah Fariq lagi kalau begini keadaannya, jangan terkejut kalau penyokong kubu kuat mereka memilih untuk keluar, tidak bersama mereka dan mencari parti politik lain.

“Rakyat sudah penat ditipu dengan janji manis kosong. Sokongan bukan milik mutlak mana-mana parti. Jika gagal menunaikan amanah rakyat, mereka akan dihukum.

“PH perlu segera muhasabah. Jangan berfikir bahawa kuasa yang ada hari ini akan kekal selama-lamanya. Rakyat berhak mendapat kerajaan yang berprinsip, berintegriti, dan mengutamakan kepentingan mereka.

“Reformasi bukan sekadar cakap-cakap politik. Reformasi adalah tanggungjawab. Jika gagal, rakyat akan mencari pemimpin baru yang benar-benar mampu melaksanakannya,” katanya.

Tegas beliau, kuasa tanpa prinsip akan merosakkan negara dan jangan salahkan rakyat jika mereka mencari jalan lain untuk menyelamatkan masa depan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat