PM santuni diaspora Malaysia di Tokyo

- Advertisement -

TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuini diaspora Malaysia di Tokyo, Jepun dalam sesi santai minum petang semalam.

Dalam ucapannya, beliau singgung (menyentuh) keperluan untuk mengubah minda dan membebaskan diri daripada permusuhan kaum dan agama yang menjejaskan perpaduan.

Jelas Anwar, Tidak kira di mana rakyat Malaysia berada, permusuhan kaum dan agama perlu dihindari mahupun dinoktahkan.

“Sewaktu menyantuni diaspora Malaysia di Tokyo dalam sesi santai minum petang semalam, saya singgung keperluan untuk mengubah minda dan membebaskan diri daripada permusuhan kaum dan agama yang menjejaskan perpaduan.

“Tidak kira di mana rakyat Malaysia berada, permusuhan kaum dan agama perlu dihindari mahupun dinoktahkan bagi memperkukuh hubungan kita semua dalam membina sebuah negara maju,” katanya menerusi catatan Facebook.

Dalam sesi sidang akhbar bersama media Malaysia, beliau maklumkan lawatan kerja ke Jepun ini berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion sekali gus disifatkan berjaya dan membanggakan.

“Saya tekankan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk rakan sejawat Fumio Kishida jelas menunjukkan bahawa hubungan Malaysia-Jepun kini menyaksikan anjakan baharu dari segi kerjasama pelaburan, perdagangan, pendidikan dan teknologi.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terkait dan telah menjayakan lawatan ini. Moga hasil lawatan ini membawa manfaat kepada kita semua. Sayonara!,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat