Program Bimbingan INSKEN berjaya kutip hasil jualan RM3.8 juta

- Advertisement -

SELANGOR – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya membantu usahawan apabila berjaya mengutip hasil jualan RM 3.8 juta melalui tiga program bimbingan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, program bimbingan anjuran INSKEN telah berjaya membantu 9 usahawan bertukar status daripada kategori mikro kepada kategori perusahaan kecil.

“INSKEN berjaya membantu meningkatkan hasil jualan 141 usahawan melalui 3 program bimbingan iaitu INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

“Pecahan peningkatan hasil jualan ini terbahagi kepada 3 iaitu, RM3.3 Juta daripada 51 peserta Program IBBC, RM49 Ribu daripada 30 peserta Program Bimbingan Pembangunan Produk dan RM476 Ribu adalah daripada 60 usahawan yang menyertai Program Bimbingan Keuntungan Menu.” katanya melalui satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa agenda memperkasakan usahawan di seluruh Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak akan diperhebatkan lagi pada masa akan datang.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, pencapaian cemerlang seperti ini menjadikan INSKEN semakin bersemangat untuk melaksanakan lebih banyak lagi program bimbingan pada tahun 2023 agar ramai usahawan dapat dibantu.

“Program bimbingan INSKEN yang dimulakan sejak tahun 2017 ini seringkali menunjukkan prestasi baik dan wajar diteruskan supaya usahawan-usahawan yang dibimbing ini juga akan dapat menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

Tambahnya, sepanjang tahun 2022 program bimbingan INSKEN telah mencipta RM8.7 Juta lonjakan hasil jualan, 100 peluang pekerjaan baharu dan 37 perniagaan bertukar status daripada kategori mikro kepada perusahaan kecil.

“Pencapaian keseluruhan tahun ini direkodkan melalui pelaksanaan 38 program bimbingan yang telah tamat dan terdiri daripada 1,395 usahawan.

“Selain program IBBC, Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu, terdapat 1 lagi kumpulan usahawan permulaan yang turut bergraduasi pada hari ini iaitu melalui Program INSKEN Start-Up Coaching,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat