Dipuji Snoop Dogg, Kedai Makan Di Pulau Pinang Raih Perhatian Dunia

- Advertisement -

Mendapat perhatian artis atau selebriti dalam negara mungkin perkara biasa buat sesetengah restoran tempatan, tetapi mendapat pujian daripada artis luar negara mungkin sesuatu yang sangat jarang berlaku.

Maka tidak hairanlah jika sekali saja kena ‘petik’ dengan artis dan selebriti antarabangsa kita sebagai rakyat Malaysia akan tumpang kegembiraan yang dirasai pemilik kedai yang dipuji artis antarabangsa ini.

Seperti yang berlaku kepada sebuah kedai makan atau kafe di Pulau Pinang ini yang dipuji oleh penyanyi rap terkenal Snoop Dogg dalam hantaran terbaru di Instagram-nya pada semalam.

snoop

SNOOP DOGG. FOTO: FILMDAILY.CO

Buat anda yang tidak tahu, Snoop Dogg adalah merupakan salah seorang penyanyi rap paling berpengaruh di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Beliau sebelum ini pernah bekerjasama dengan hampir semua artis Hollywood termasuklah Dr Dre, Eminem, Wiz Khalifa dan juga Katy Perry.

Kembali kepada hantaran yang dibuat Dogg dibuat di laman Instagram, beliau berkongsikan satu gambar menunjukkan bangunan restoran di Malaysia yang sangat kreatif dengan susunan meja dan kerusinya.

Tidak memberikan apa-apa kapsyen, hantaran berkenaan hanya berkongsikan gambar dengan ‘bila restorannya kecil tetapi pemiliknya sangat kreatif’ seakan memuji usaha yang dilakukan pemilik cafe berkenaan.

in

Walaupun tidak memberikan sebarang komen dan maklumat mengenai lokasi restoran tersebut, namun jika anda merupakan sebahagian daripada netizen yang mengikuti perkongsian-perkongsian daripada food hunter sebelum-sebelum ini pasti akan perasan kafe ini sebenarnya berada di Malaysia atau lebih tepat lagi terletak di Pulau Pinang.

Kafe berkenaan yang dikenali sebagai Cafe Takdak Nama itu memang mempunyai susun atur meja dan kerusi yang sedikit unik berbanding restoran dan kedai-kedai makan lain. Maka tidak hairanlah ia mendapat perhatian daripada Snoop Dogg.

Tambah menarik, pemilik kafe berkenaan Mamak Kwangsoo juga turut perasan akan hantaran yang dibuat Snoop Dogg dan berkongsikan khabar mengujakan itu bersama pengikutnya di Instagram pada semalam.

Masih sukar untuk mempercayai kafe dari Malaysia dimuatkan dalam hantaran antara artis paling berpengaruh di dunia? Mungkin anda boleh melihat sendiri perkongsian-perkongsian yang dibuat Cafe Takdak Nama ini di Instagram mereka untuk meyakinkan bahawa kafe ini sememangnya sama dengan yang berada di Pulau Pinang ini.

Siapa tahu jika Snoop Dogg suatu hari ini berminat untuk melawati kafe ini selepas mengetahui kewujudannya di negara kita? Jadi sebelum terlambat mungkin kita sendiri terlebih dahulu boleh merasai keunikan yang menarik perhatian dunia dan juga artis terkenal dunia ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat