KOTA KINABALU – Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin menegaskan orang muda di Sabah menginginkan perubahan drastik dilakukan oleh kerajaan negeri yang bakal mengemudi negeri itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 Nov ini.
Menurut Hafiz, orang muda Sabah tidak peduli dengan alasan politik menyalahkan Semenanjung atau naratif politik sempit yang tidak membawa sebarang perubahan kepada jaminan kualiti hidup lebih baik.
“Orang muda di Sabah saya tengok sebelum-sebelum ini memuncak rasa terhadap apa kerajaan boleh buat supaya keadaan negeri menjadi lebih baik. Sebab itu kita tengok di UMS ada berlaku satu demonstrasi yang besar, satu penentangan satu perkara yang keras berlaku kerana berkehendakkan pihak kerajaan buat sesuatu yang lebih drastik untuk keadaan semasa.
“Bila saya pusing seluruh negeri Sabah itulah hasrat orang mudanya mereka nak keadaan pengurusan negeri ini lebih baik.
“Mereka nak ada jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik, nak ada kebolehan mengurus infrastruktur dan prasarana negeri ini lebih baik.
“Mereka tak boleh terima keadaan status quo atau main politik sempit, sentimen semata-mata. Mereka mahu bagaimana kerajaan negeri yang boleh bagi jaminan
Sabah could be better under their adminstration,” jelas Hafiz dalam podcast Jam Kesebelas.
Ujar beliau lagi, kalau alasan politik menyalahkan Semenanjung menggunakan naratif perbandingan parti lokal ataupun nasional itu tak selesaikan apa tuntutan orang muda.



