Tidak Rasmi: Amirudin Mendahului Azmin Di Parlimen Gombak

- Advertisement -

GOMBAK – Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari kini mendahului lima calon lain di Parlimen Gombak dengan 17,033 undi setakat pukul 8.40 malam ini.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mendapat 11,262 undi diikuti calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendapat 6,822 undi.

Manakala calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir memperoleh 520 undi dan seorang calon bebas, Zulkifli Ahmad mendapat 132 undi.

Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, di sini.

Setakat pukul 8.40 malam tadi, sebanyak 35,769 undi telah dikira, berbanding 206,666 jumlah pengundi berdaftar di kerusi itu.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat