BN Lebih Baik Berbanding Parti Janji Palsu dan Kaki Lompat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Meskipun Barisan Nasional (BN) bukanlah parti yang sempurna, namun mampu menjamin kestabilan dan memulihkan ekonomi rakyat Melaka dengan sebaiknya,” kata Exco Pemuda Pemuda UMNO, Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin.

Beliau berharap rakyat Melaka tidak sesekali menjadikan parti banyak ‘kaki lompat’ dan parti janji palsu sebagai parti pilihan.

“Saya akui, BN tidak terlepas daripada kelemahan, tetapi memilih parti yang menjanjikan bulan dan bintang seperti Pakatan Harapan (PH) dan parti yang masih baru Perikatan Nasional (PN) yang banyak kaki lompat, akan merugikan rakyat.

“Lihatlah apa terjadi selepas PH perintah? Apa jadi dengan ekonomi negara? Apa rakyat dapat? Adakah aset-aset negara bertambah? Dividen tabung-tabung simpanan menaik? Kesejahteraan hidup Rakyat bertambah baik? Negara lebih stabil dan terancang? Pasaran saham lebih baik? Pelaburan asing menaik? Janji-janji manifesto ditepati?

“Saya harap rakyat Melaka dapat menilai mana yang sebaiknya dan pilihlah BN semula. Banyak yang telah dibuat oleh kepimpinan parti dan membuat perubahan kearah kebaikan rakyat dan dalaman parti. Calon-calon yang diketengahkan juga ramai yang muda dan berwibawa,” kata beliau pada Jumaat.

Muqharabbin malah memberitahu, manifesto-manifesto BN juga lebih teratur dan mampu ditunaikan.

“Calon BN lebih fokus dan banyak membawa isu kawasan untuk dibangunkan dan mudah difahami dan diterima oleh rakyat.

“Saya yakin BN dapat menang lebih daripada 16 kerusi dan membentuk kerajaan negeri yang stabil dan terurus. Rakyat buanglah katak-katak politik yang melompat sana sini dan ajarlah mereka yang telah menipu rakyat semasa PRU 14 yang lalu,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat