Pembangkang reka naratif tolak Belanjawan 2021 -Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang sedang mencari helah dengan mereka-reka naratif untuk menghalalkan penolakan Belanjawan 2021 atas tujuan politik mereka,” dakwa Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sedangkan rakyat dan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyambut baik dan menyokong Belanjawan 2021.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu turut memberitahu gabungan anggota PN sepakat menyokong belanjawan ini dengan pelbagai syor tambahan peringkat dasar.

Dalam perkembangan sama, MalaysiaNow melaporkan seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diberi tugas untuk menerangkan kepada rakan-rakan seangkatan lain bagi menggagalkan Belanjawan 2021 yang bakal menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan PN.

Satu “dokumen ringkas” yang disediakan beliau menerangkan mengenai beberapa peruntukan kepada kementerian bocor, sebelum ia sempat sampai kepada ahli Parlimen untuk mengundi menolak belanjawan pada 26 November ini bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

“Jika kamu gagalkan undi belanjawan pada 26 November, kamu boleh cuba membentuk kerajaan baru dalam tempoh seminggu, kemudian dengan kadar segera bentangkan kembali belanjawan, pastikan ia diluluskan pada pertengahan Disember dan minta Dewan Negara memberi lampu hijau sebelum 1 Januari 2021,” tulis dokumen itu, selepas membuat perbandingan antara belanjawan 2020 dan 2021.

Gesaan untuk mengagalkan belanjawan itu dilihat bertentangan dengan jaminan yang diberikan oleh pemimpin PH mengenai sokongan bersyarat mereka terhadap belanjawan dengan beberapa pindaan perlu dilakukan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat