Batu Sapi: Hak rakyat pilih pemimpin perlu dilaksanakan selepas darurat – Warisan

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) berharap hak rakyat Batu Sapi untuk memilih wakil rakyat ditunaikan sebaik sahaja jangkitan COVID-19 dikawal dan selepas kerajaan menarik balik pelaksanaan darurat, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pada masa yang sama parti itu berharap kerajaan dapat mencari jalan terbaik untuk memberitahu rakyat terutama di kawasan Batu Sapi bila tempoh darurat akan berakhir.

“Dalam melaksanakan proses demokrasi, kesihatan rakyat tidak boleh dijadikan pertaruhan sebaliknya perlu menjadi keutamaan dalam situasi negara ketika ini yang masih berjuang menentang penularan COVID-19.

“Warisan menjunjung kasih terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) memberi perkenan agar darurat dilaksanakan di kawasan Parlimen Batu Sapi,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Al-Sultan Abdullah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Parlimen Batu Sapi yang sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.

Mohd Shafie berkata Warisan percaya Seri Paduka mengeluarkan titah tersebut atas keprihatinan terhadap kesihatan rakyat Sabah khususnya di Batu Sapi yang kini merupakan antara kawasan merah akibat jangkitan pandemik COVID-19.

“Warisan turut berharap agar dalam tempoh darurat ini, kerajaan memberi jaminan agar kebajikan setiap rakyat di Batu Sapi terutama bantuan makanan dan keperluan harian sentiasa diutamakan,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat