Jabatan Perikanan Kedah tahan dua buah bot pukat tunda & enam nelayan langgar syarat lesen

Oleh Zihan Zari

KUALA KEDAH – Jabatan Perikanan Kedah berjaya menahan dua buah bot pukat tunda dan enam orang nelayan warga tempatan
selepas dikesan melanggar syarat lesen di perairan Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Pengarahnya, Sukri Deris berkata, berdasarkan aduan nelayan, dengan kekuatan tujuh anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kelunchor bersama-sama seorang pegawai Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya telah melakukan penangkapan pada jarak antara 5.6 hingga 5.7 batu nautika dari Pulau Timun.

Menurut beliau , nilai sitaan hasil tangkapan, bot serta peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah RM700,000 dan kes telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Langkawi untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau lagi, kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985, kerana melanggar syarat lesen iaitu alat pengesanan vesel tidak aktif dan di bawah Seksyen 14 (3)(b) akta sama iaitu penggunaan huruf, nombor, dan kod pada vesel meragukan.

Sukri berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan menegaskan akan kepentingan pematuhan syarat-syarat lesen sepertimana yang telah ditetapkan.

Ujarnya, syarat-syarat tersebut bertujuan untuk memastikan sumber perikanan dieksploitasi secara berhemah demi kelestarian dan manfaat bersama seluruh golongan nelayan.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat