RM3 bilion diperuntuk realisasi tanaman padi lima musim 2 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 billion untuk memperbaiki infrastuktur di kawasan Pengairan Muda (MADA), kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, peruntukan itu bagi merealisasikan penanaman padi lima musim dalam 2 tahun seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

“Pembaikan ini meliputi pengairan dan jaringan hubungan yang akan memudahkan proses penanaman dan penuaian padi selepas ini.

“Pembangunan dan penyelenggaraan Pengairan Muda (MADA) ini akan bermula pada tahun 2024 dan bakal memberikan manfaat yang besar terhadap pesawah di bawah seliaan MADA.

“Bagi kawasan-kawasan lain seperti di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Sabah dan Sarawak, pihak kerajaan sedang berusaha keras untuk mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki sistem pengairan bagi membantu pesawah meningkatkan hasil tanaman padi mereka,” katanya.

Mohamad memberitahu naik taraf Pengairan Muda ini amat penting bagi membantu pesawah meningkatkan hasil tanaman padi mereka dan merealisasikana penanaman padi lima musim dalam dua tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat