Bukan Aniaya Golongan Anti-vaksin, Tetapi Untuk Elak Mudarat Lebih Besar : Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kerajaan tidak sesekali hendak menganiayai atau menzalimi golongan anti- vaksin tetapi ianya langkah untuk memerangi Covid-19 serta mengelakkan mudarat lebih besar.

Jelasnya, keutamaan kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan dan nyawa orang ramai.

Tetapi jangan bersikap pentingkan diri dengan meminta kelonggaran yang setara dengan lebih 22 juta orang yang telah menerima vaksinasi lengkap. Dalam soal keselamatan, Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi, tegasnya lagi.

“Tadi saya diminta komen tentang golongan anti-vaksin – Kerajaan bukan hendak menganiaya atau menzalimi. Tetapi apa jua langkah yang diambil untuk memerangi COVID-19, keutamannya ialah untuk jaga kepentingan dan nyawa orang ramai.” katanya di sidang media, pada Isnin.

Ujar Hishammuddin lagi, aekiranya ada segelintir yang tidak mahu divaksin,ia terpulang kepada individu berkenaan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media pada Sabtu lepas berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Katanya lagi, KKM berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat