Liverpool Sahkan Kecederaan Van Dijk

- Advertisement -

LONDON: Usaha Liverpool mempertahankan gelaran Liga Perdana menerima ancaman semalam apabila kelab berkenaan mengesahkan pertahanan utama, Virgil van Dijk cedera ligamen lutut di sebalik laporan mengatakan pemain Belanda itu boleh terlepas keseluruhan musim.

Van Dijk, yang memerlukan pembedahan, cedera selepas dicabar penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika seri 2-2 dalam saingan tetangga Merseyside kelmarin.

“Pertahanan tengah itu cedera ligamen lutut selepas insiden membabitkan penjaga gol Blues, Jordan Pickford pada minit keenam di Goodison Park,” kata kenyataan Liverpool.

“Van Dijk dikeluarkan dan pemantauan lanjut terhadap kecederaan itu mendedahkan bahawa pembedahan perlu dilakukan.

“Tiada sebarang tempoh masa ditetapkan untuknya kembali pada tahap ini.”

Pemain itu sekurang-kurangnya perlu direhatkan sebulan sebelum boleh kembali, menyebabkan Jurgen Klopp berdepan masalah besar untuk mengekalkan Reds di landasan terbaik.

Kapten Belanda itu juga berisiko tidak dapat bermain pada Euro 2020 Jun depan. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat