Lelaki Ditahan Cuba Serang Anggota Polis Dengan Cangkul

Beri ruang Muhyiddin tentukan corak pentadbiran negara kata Annuar Musa

Putrajaya - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kuala Lumpur - Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan tidak stabil menolak dakwaan Seri Paduka memiliki...

Agong zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Cikgu Sam

CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang,...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Kuala Lumpur - Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan sehingga menyebabkan keadaan politik negara menjadi semakin...

Pejuang desak Hamzah, ROS beri jawapan berhubung pendaftaran parti

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengapa pendaftaran parti itu belum diluluskan. Setiausaha Agungnya,...

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang berang kerana tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling ditahan selepas cuba mencederakan anggota polis menggunakan cangkul dalam insiden pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata insiden berlaku di rumah suspek ketika anggota polis cuba mendapatkan penjelasan susulan tindakannya yang sebelum itu merakam gambar petugas keselamatan menjalankan tugas di satu sekatan jalan raya di kampung itu.

“Pada kira-kira 10.40 pagi di kawasan sekatan jalan raya diadakan, suspek yang berusia 43 tahun telah merakam gambar petugas keselamatan di situ kerana marah tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPB.

“Anggota polis kemudian telah mengekori suspek sehingga ke hadapan rumahnya dan cuba mendapatkan penjelasan mengenai tindakannya mengambil gambar tersebut sebelum suspek bertindak memarahi anggota polis berkenaan.

“Suspek kemudian telah masuk ke dalam rumah dan keluar sambil mengangkat sebatang cangkul dan menuju ke arah seorang anggota polis dan cuba menghayun cangkul itu ke arah anggota tersebut tetapi tidak berjaya kerana anggota polis lain menyekatnya,” demikian menurut Syed Basri dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berlaku pergelutan antara anggota polis dengan suspek sebelum dia ditahan.

Syed Basri berkata siasatan awal mendapati suspek yang bekerja kilang bertindak mengambil gambar petugas keselamatan di sekatan jalan raya itu kerana tidak berpuas hati selepas tidak dibenarkan keluar dari kampung tersebut.

Katanya suspek tidak tergolong sebagai individu yang mendapat kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPB berdasarkan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan