Covid-19 : Henti berpolitik, ekonomi negara tenat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sekiranya pandemik Covid-19 berterusan untuk tiga bulan akan datang, dianggarkan kira-kira 50,000 hingga 100,00 peruncit di Lembah Klang terpaksa gulung tikar.

Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang berkata, ia bakal menyaksikan kerugian sehingga RM400 juta.

Menurut beliau, jumlah berkenaan belum lagi dikira peruncit di seluruh negara.

Susulan kebimbangan itu, Michael menggesa ahli politik supaya mengetepikan agenda masing-masing untuk kepentingan sendiri yang akhirnya dilihat hanya menyusahkan rakyat.

“Kerajaan seharusnya ‘lock down’ semua aktiviti politik buat sementara dan tumpukan kepada agenda memulihkan Covid-19 dan pembangunan ekonomi negara.

“Ekonomi negara kita ‘sakit’. Apa kata kita tumpukan agenda yang lebih penting?” katanya memetik laporan Astro AWANI, hari ini.

Selain itu katanya, peruncit terutamanya yang berniaga di pusat beli belah melalui detik ‘perit’ ekoran peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Sebanyak 871 kes positif COVID-19 dicatatkan pada Ahad, jumlah tertinggi dicatatkan setakat ini mengatasi rekod dicatatkan pada Sabtu sebanyak 869 kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat