Zahid isytihar ‘perang’ Akmal-Teresa tamat

- Advertisement -

KLUANG – Pergeseran antara Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dianggap sudah tamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, isu pensijilan halal yang sebelum ini hangat diperdebat sudah tutup kes.

Justeru, Presiden Umno itu juga menyatakan beliau sendiri sudah meredakan ketegangan terkait kontroversi sijil halal berkenaan.

“Dah…dah ‘tone down’ saya telah berjumpa dengan Dr Akmal sendiri pada 14 Sept lalu bersama dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“… dan saya juga telah memberitahu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengenai perkara itu.

“Bahkan, malam tadi saya telah keluarkan kenyataan rasmi keputusan Kabinet bahawa tidak ada kewajiban mana-mana restoran untuk memohon sijil halal terapi dasar lama kekal.

“Jadi isu (sijil halal) itu telah tutup,” katanya ketika ditemui media di Kem Mahkota, pada Khamis.

Semalam, Kabinet bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah bersifat sukarela.

Zahid berkata, dasar sedia ada itu kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

Sebelum ini, timbul ketegangan antara Dr Akmal dan Teresa sehingga membawa kepada tindakan saman sebanyak RM25 juta susulan isu pensijilan halal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat